You are here: Laman Utama Buku Tamu

Portal Rasmi SK Taman Sri Pulai, Kulaijaya

Guru-Guru dan Staf SK Taman Sri Pulai sahaja.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu

Melalui Pendidikan Berkualiti

Slogan & Motto Sekolah

Slogan: Cemerlang 100 %

Motto: Berilmu, Beramal, Berbakti

RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Buku Tamu

Assalamualaikum dan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung portal ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di portal web yang tidak seberapa ini.

Saya amat mengalu-alukan sebarang komen, cadangan mahupun maklum balas berkenaan portal ini.

Sesungguhnya dengan lahirnya portal ini yang merupakan versi kedua daripada laman web yang lama, akan dapat menjadi wadah penyampai maklumat yang berkesan.

Saya suka mengingatkan bahawa setiap tulisan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Oleh itu, sila jaga kata-kata dan bahasa yang digunakan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membacanya.

Terima kasih dan selamat melayari portal ini.

Dari meja admin,

En. Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman.

Subject *
Name
Write e-mail
Content *
Image Verification * Captcha ImageReload Image
   
 

En Juradi ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): ziarah

salam ziarah dari

www.skpt.edu.my

dan

www.khskpt.com

 

 

Waalaikum salam..

Terima kasih di atas kunjungan tuan. Sila lah berkunjung ke portal kami lagi. Terima kasih. Jumpa lagi.

Rabu, 18 Mei 2011

Siti Rafidah Binti Daud Khan ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): alumni

Salam untuk semua...

Saya adalah bekas pelajar tahun 1995. Ketika itu saya baru saja darjah 1. Saya nak cadangkan, pihak sekolah membuat 1 majlis alumni bagi mengumpul bekas-bekas pelajar SKTSP.

W'salam..

Syabas dan terima kasih untuk cik/puan kerana berkunjung ke portal ini. Saya ingin memaklumkan bekas-bekas murid sekolah ini telah mencipta satu akaun Alumni di Facebook sekolah kami di akaun Facebook "SKTSP Kulaijaya". Mungkin cik/puan boleh bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan lama di situ untuk mengadakan majlis alumni tersebut. Pihak sekolah amat mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan majlis ini.

Sekian. Terima kasih.

Webmaster

 

Ahad, 24 April 2011

Monaliza ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Program cuti sekoah

Assalamualaikum...

Saya ibu kepada murid darjah 1 tahun ni ingin bertanya...ada tak program yang pihak sekolah adakan sepanjang cuti sekolah yg sedang bermula ini seperti kem, kelas tambahan utk murid yg lemah dlm matapelajaran atau sebagainya untuk mengisi masa lapang anak-anak.

Kalau ada bagaimana cara untuk saya hubungi pihak sekolah?

Harap dapat membantu.

Sekian terima kasih.

 

Waalaikum salam.

Terima kasih di atas keprihatinan puan. Untuk makluman sekolah memang ada menganjurkan kelas tambahan bagi murid tahun 5 yang akan naik ke tahun 6 dan bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Puan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 5272214.

Terima kasih

Selasa, 23 November 2010

Love Sktsp ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): gambar kem pengawas

salam....

sye Nurul Shahirah...cikgu...x de ke gmbr mse kem jati diri dan kepimpinan pengws taon 2010 ??? 

 

Wsalam Nurul Shahirah..

Ada. Sampel atau contoh foto telah saya letak di papan kenyataan pengawas. Untuk foto lain, ada di dalam simpanan saya dan akan dikeluarkan mengikut permintaan. Terima kasih.

Khamis, 08 Julai 2010

Guest ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): pendaftaran sekolah

  1. Saya ingin bertanya,boleh tak jika saya ingin daftarkn anak saya untuk tahun 2012 sacara online?
  2. Bila tarikh tutup untuk pendaftaran bagi tahun 2012?
  3. Adakah masih boleh jika saya ingin daftar bulan 10 ini untuk kemasukan 2012?

terima kasih....

 Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Buku Tamu ini.

Jawapan;

1. Sebagai makluman, sehingga kini pendaftaran murid hanya dilakukan secara manual di pejabat sekolah. Sistem kami masih belum dapat menyokong aplikasi pendaftaran murid secara dalam talian. InsyaAllah di masa hadapan.

2 & 3. Tarikh tutup pendaftaran bagi kemasukan bagi tahun 2012 ialah pada bulan September 2011. Walau bagaimanapun, tempat bergantung kepada kekosongan yang ada pada ketika itu. Nasihat kami supaya ibu bapa atau penjaga murid dapat mendaftarkan anak lebih awal dari tarikh tutup untu memudahkan semua urusan.

Terima kasih dan harap maklum.

Khamis, 01 April 2010

mohd azfar ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): kenangan

salam..

 sy dari batch 1995-1999 ingin mengucapkan tahniah atas ada nya web ini..teringat zaman persekolahan dulu dan cikgu-cikgu semua di atas jasa beliau yg telah mendidik sy.. semoga sktsp lebih maju dan menjadi antara yang cemerlang dan terbaik di malaysia.. insyaAllah

Khamis, 04 Mac 2010

mohd azfar ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): kenangan

salam..

sy dari batch 1995-1999 ingin mengucapkan tahniah atas ada nya web ini.. teringat zaman persekolahan dulu dan cikgu-cikgu semua di atas jasa beliau yg telah mendidik sy..  semoga sktsp lebih maju dan menjadi antara yang cemerlang dan terbaik di malaysia.. insyaAllah

Selasa, 16 Februari 2010

Guest: request

salam..sye ex-student sktsp..bole x web nie upload gmba2 kelas students  tahun2 lpas maybe dr tahun 1998 ke...

 

W'salam..Mohon maaf kerana foto kelas yang lama tidak ada di dalam simpanan saya kerana saya baru 4 tahun berada di sekolah ini.

Sabtu, 19 Disember 2009

suhairi ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Tahniah SKTSP

tahniah..lots of my memory remain in sktsp.. miss u sktsp

 

We miss you too Cikgu Suhairi. Singgah-singgah lah ke sekolah ya cikgu..

Sabtu, 19 Disember 2009

Ibu murid ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Paparan Gambar Hari Anugerah

salam tuan,

Harap dapat  di paparkan gambar-gambar Hari Anugerah Kecemerlangan SKTSP 2009. 


W'salam. InsyaAllah akan dipaparkan di portal ini. Terima kasih di atas perhatian puan.

Selasa, 24 November 2009

Guest ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): terima kasih

salam tuan..

terima kasih atas maklumat yang diberikan..

saya sudah hubungi oihak sekolah,

maklumat yang saya dapat setakat ni belum lg buka pendaftarannya..

diharap pihak tuan dapatlah sekiranya tidak keberatan untuk sebarkan

makluman di laman web ini...

selain dari itu saya juga akan mengikuti perkembangannya dari

masa ke semasa..

terima kasih tak terhingga..

 

Terima kasih juga dari pihak kami di sekolah. InsyaAllah kami akan masukkan maklumat berkenaan di portal ini. Teruskan bersama kami ya :)

 

Selasa, 24 November 2009

Guest ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): daftar anak

salam tuan...

saya inginkan maklumat bagaimana hendak mendaftar anak saya.

umur sekarang adalah lima tahun.

 

Waalaikumsalam.. Terima kasih di atas emel tuan. Bagi tujuan mendaftar kemasukan anak ke tahun satu, tuan boleh terus ke pejabat kami atau menghubungi pejabat di talian 07-5272214 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Terima kasih.

Rabu, 18 November 2009

Fatimi Estar ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Old Memories

Assalamualaikum. I just want to say hallo to old friends and ex-students who could still remember me. I was once an English teacher in SKTSP (1995-1997). I can be reached at my blog. Hope to be in touch again..

 

 Waalaikum salam..Thank you teacher. Please come and visit our school portal again in the future to keep you update. Maybe in the future you might want to tell your real name so others can notify you. Thank you.

Rabu, 11 November 2009

Pena Minang ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Salam Pertemuan

Assalamualaikum. Pertama sekali bangganya tengok sekolah yang pernah aku duduk dan belajar erti dunia semakin maju kehadapan dalam akademik dan kokurikulam. Semoga SKTSP terus berjaya.

 Dari Bekas Pelajar Batch Pertama Darjah 2 Yang Berpindah Masuk Ke Sktsp

 

Alhamdulillah..Semuanya hasil kerjasama guru-guru dan sokongan komuniti setempat demi anak didik harapan bangsa. SKTSP cemerlang 100%. Bertandanglah lagi untuk mengetahui berita terkini di SK Taman Sri Pulai. Terima kasih.

Ahad, 08 November 2009

AZAH ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): TANYA KHABAR

Saje nak tanya pd Pn Lelawati. Pernah mgjr kat SKUR Layang2 ke? Ingat azah lg tak? Skg ni azah kat kchg, swak.


Terima kasih kepada yang bertanya. Sila berikan respon ye Puan Lelawati. Terima kasih.

Jumaat, 06 November 2009

putat member azmi minhad ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): ada kekosongan guru agama di sktsp?

salam... saje nak bertanya kalau2 ada kuota guru agama yg belum terisi di sktsp. sbb isteri sy tgh buat phd kat utm.jd, nak cari sekolah2 yg dekat

 

Terima kasih kerana sudi singgah di portal ini. Untuk makluman tuan, soalan tentang kuota guru agama boleh diajukan terus ke pejabat sekolah kami dengan cara datang sendiri atau membuat temu janji terlebih dahulu. No telefon pejabat kami ialah 07-5272214. Harap maklum.

Sabtu, 17 Oktober 2009

::IMANZ::69CREW ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): ASSALAMMUALAIKUM

ASSALAMMUALAIKUM....SYE BEKAS PELAJAR SK TAMN SRI PULAI... SYE INGIN MENENGOK GAMBAR2 KARNIVAL BARU2 INI... BLEW

 

Sila singgah di Galeri Gambar kami untuk melihat gambar terpilih ketika Karnival Ria 2009 yang lalu.

Harap maklum. Terima kasih.

Ahad, 30 Ogos 2009

Peny. ICT PPD Kulai ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Salam Ramadhan

Lama tak menyinggah ke sini. Semakin baik nampaknya. Tahniah.

Sedikit cadangan, rasanya lebih menarik kalau diletakkan sekeping imej bagi setiap artikel.  Bak kata Mantan PPD Kulai sebelum ini, anak dara kalau bibirnya dicalit sedikit gincu akan jadi lebih cantik.. kan?

Bagaimanapun, tahniah sekali lagi.

p/s: try jenguk SK Tlk Lipat. Webmaster dia makin ligat tu... pergilah kongsi2 idea...

 

Terima kasih diucapkan atas komen tuan. Insya Allah akan dicantikkan lagi selepas ini.

 

Webmaster SK Teluk Lipat memang hebat. Kawan seperjuangan tu.

Ahad, 30 Ogos 2009

dinie haikal ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): assalamualaikum........

kpd ckgu2 yg masih mengajar di sktsp drpd thn 2005....sy m.dinie haikal b.faizal mngucpkn salam sjhtera.....sbgai bks murid sek ini sy brse bgga akn sek sy sndri krne bnyk prubhan yg d'lkukan olh ckgu2 dsne...skrg sy brde d sek men tinggi batu pahat atau lbih d knli sebgai high school bp....sy brde d tingkatn 4....trime ksih ckgu....

Selasa, 14 Julai 2009

Pn.Lelawati Hj.Abd.Latif: Kemaskini Profil Sekolah

En.Ayatul, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah! Saya mewakili guru-guru SK Taman Sri Pulai, amat berbangga dengan pencapaian terbaik anda mendapat Johan mencipta laman web, peringkat negeri Johor, anjuran TM net. Semoga kejayaan ini mendorong anda menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa depan.

Jika ada kelapangan kemaskinikanlah Profil sekolah, di bawah panitia-panitia yang masih ada nama cikgu Maskor dan nama-nama lain yang telah lama tidak ujud di sekolah ini.

Sekian atas perhatian En.Ayatul saya ucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 29 Jun 2009

Bonda ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Sayabas SKTSP!

 

Bonda da baca laman web sekolah anda. Oh ! bonda tumpang bangga la. maklumlah ada buah hati bonda di sana tuu! he, he cuba teka siapa ya! Memang patut sekoalah anda menang , rasa macam nak tiru tapi bonda tak tau nak nak cipta!!!

Semoga warga dan anak-anak didik SKTSP terus maju jaya, sebab anak bangsaku juga kan? Hebat-hebat, cuma kalau sudi cuba-cubalah kongsi resepi kejayaan sekolah ini dengan sekolah berdekatan yang lain. ok AssalamualaikumCool

Jumaat, 26 Jun 2009

ejai ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): hebat!!!

salam,  saya sebagai penduduk taman seri pulai berasa bangga ngan website ni.

cantik dan up to date..

lambang skolah tu oldschool sgt lah.. kalau boleh selamba buat pertandingan buat logo sekolah baru .. cantik juga

good luck to skolah SKTSP.. keep on producing great students..

meriah tu hari terbuka tadik

Jumaat, 26 Jun 2009

ejai ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): bagus lah

salamz.,

saya sebagai penduduk taman seri pulai berasa sangat berbangga ngan website ni.. hebat.. sapa buat ni mmg pro.

salut, boleh clain ngan guru besar elaun ni. hehehe

 again.. great site.. up-to-date..  br tadi kan hari terbuka?

 

 hehe meriah tuh..

 okay lah... good luck ok..

 

Jumaat, 26 Jun 2009

Leen: Website Sekolah

Tahniah kepada webmaster website sekolah kebangsaan taman sri pulai. Web yang begitu informatif dan mudah memuat turun bahan especially bahan pembelajaran yang boleh dikongsi ibubapa.

Saya rasa amat rugi ibu bapa yang tidak melayari web site sktsp. Harap agar pihak sekolah sentiasa memperomosi web sekolah yang bermakna ini.

Sepekara lagi. Tahun 2009 ada tak jual gambar kelas seperti tahun lepas? Harap ada kerana ia kenangan sepanjang hayat untuk anak-anak.

Isnin, 22 Jun 2009

Cikgu Lela ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): Hari Guru

Hai..... Tak ada ke paparan sambutan hari guru peringkat sekolah dan jamuan hari guru yang telah berlansung pada 16 dan 18 Mei yang lalu......Untuk pengetahuan semua dikatakan sembutan hari guru tahun ini begitu meriah......paparkanlah agar semua ibu bapa dapat tahu aktiviti guru dan anak-anak mereka sempena hari guru.

Sabtu, 06 Jun 2009

MUHAMAD HIRMAN BIN ABU HASSAN ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): PROGRAM SCORE A UNTUK UPSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan adanya portal ini saya rasa hubungan antara sekolah dengan peljarnya akan sentiasa berterusan selari dengan KONSEP SEKOLAH BESTARI yang di jangka pada tahun depan.

Saya selaku masyarakat Negeri Johor berbesar hati sekiranya dapat menerangkan satu program yang amat baik untuk pihak sekolah secara amnya dan khasnya kepada pelajar sekolah . Program SCORE A saya ini adalah melalui pembelajaran output yang menekan latih tubi.Terdapat banyak pengiktirafan dan testimonial pelajar yang menggunakannya.

Saya berharap sesiapa yang berminat boleh membalas melaui email ini dan semoga pada UPSR tahun ini SK TAMAN SRI PULAI mencatat keputusan yang memberangsangkan.

 

Isnin, 18 Mei 2009

cikgu bestari jugak ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ): penunggu gua

tahniah atas portal version 3...jgn lupa kami yang masih menunggu nie..hehehehheSmile

Ahad, 17 Mei 2009

pena : Inspirasi Wajah Baru

Tahniah diucapkan kepada team ICT SKTSP yang dapat menghasilkan wajah baru portal SKTSP yang lebih segar dan terkini. Kecekapan anda pasti menjadi inspirasi yang positif!

Semoga menjadi wajah baru ini menjadi inspirasi terbaik buat SKTSP dan semua warganya. SELAMAT HARI GURU.   

Jumaat, 15 Mei 2009

Husni bin Hj Jazam: SELAMAT HARI GURU 2009

Sempena menyambut hari guru esok, saya mewakili keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2009 kepada semua warga pendidik di Sek Keb Tmn Sri Pulai.

Semoga setiap pengorbanan memdidik anak-bangsa di berikan balasan mulia oleh YANG MAHA ESA, insyaallah....

Jumaat, 15 Mei 2009

 

Display Num 
Powered by Phoca Guestbook

Berita JPN Johor

Lagu Rasmi SKTSP

There seems to be an error with the player !

Imbas Kod QR ini dengan
  gajet pintar anda.

Tinta Pengarang

Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman

UPSR

Tinggal
hari lagi
Courtesy of Go Mylo Countdown

Malaysia Web Hosting