You are here: Laman Utama Berita JPN PELAKSANAAN E-KEHADIRAN MENERUSI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Portal Rasmi SK Taman Sri Pulai, Kulaijaya

Guru-Guru dan Staf SK Taman Sri Pulai sahaja.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu

Melalui Pendidikan Berkualiti

Slogan & Motto Sekolah

Slogan: Cemerlang 100 %

Motto: Berilmu, Beramal, Berbakti

RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.

PELAKSANAAN E-KEHADIRAN MENERUSI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

E-mail Cetak PDF
Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Perkara diatas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSHKPM) menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah membangunkan modul e-kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi (PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara masa nyata (realtime). Berdasarkan surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 4 (38) yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan tahun semasa.

3. Sehubungan dengan itu, JPN Johor akan melaksanakan modul e-kehadiran murid secara rasmi bermula 4 Februari 2013 selepas mengambil kira tempoh mengemaskini maklumat murid APDM diperingkat sekolah.

4. Pihak sekolah perlu melantik pembantu tadbir untuk melaksanakan e-kehadiran murid sepertimana manual yang dibekalkan pada setiap sekolah. Pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang (sesi petang). Data e-kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.

5. Bagi memastikan pelaksanaan e-kehadiran murid ini berjalan sepertimana yang dirancang, pihak kami memohon jasa baik semua PPD untuk mengambil tindakan yang sewajarnya agar sekolah-sekolah dapat memberi komitmen dalam pelaksanaan e-kehadiran murid APDM.

6. Sebarang pertanyaan, pihak sekolah boleh menghubungi Pegawai Teknikal APDM Negeri En Kairul Annuar Bin Abd Aziz Sektor Pengurusan Maklumat ditalian berikut 07-2310184/013-7790625.

Muat Turun: Surat Pelaksanaan e-Kehadiran APDM

Sekian Terima Kasih

Berkhidmat Untuk Negara

Sumber : Portal JPN johor

 

Add comment

PERHATIAN
Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.


Security code
Refresh

Berita JPN Johor

Lagu Rasmi SKTSP

There seems to be an error with the player !

Imbas Kod QR ini dengan
  gajet pintar anda.

Tinta Pengarang

Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman

UPSR

Tinggal
hari lagi
Courtesy of Go Mylo Countdown

Malaysia Web Hosting

feed-image Langgani Berita Kami