
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Sri Pulai telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 pada 31 Mac 2012 yang lalu.
Sehubungan itu, pihak PIBG ingin memaklumakan bahwa sumbangan sebanyak RM40.00 sekeluarga akan diminta oleh guru kelas anak tuan/puan mulai Isnin, 18 Jun 2012.
Buat pengetahuan, dana PIBG kini berada di tahap paling kritikal. Justeru kami memohon jasa baik dan keikhlasan tuan/puan untuk memberikan sumbangan tersebut bagi membolehkan pihak sekolah melakukan pelbagai aktiviti dan program yang memerlukan dana dari PIBG.
Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan. Kami di sekolah mengharapkan agar tuan/puan akan dapat memberikan sumbangan kewangan tersebut di atas pada KADAR SEGERA dan seikhlas yang mungkin.
Terima kasih.





Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.