
Galeri Sejarah SK Taman Sri Pulai ini telah diilhamkan oleh Tuan Guru Besar, En Azmi Bin Sujak pada bulan Februari yang lalu. Ia terletak bersebelahan dengan kantin sekolah dan sudah boleh dikunjungi mulai akhir Mac lepas. Antara bahan paparan yang menarik ialah peralatan muzik tradisional melayu, pakaian tradisional masyarakat Malaysia dan lain-lain lagi. Galeri ini diselenggara oleh barisan guru-guru yang berdedikasi di sekolah ini.





Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.