
Yang Berhormat Datuk/Datin,
Yang Dihormati Prof./Prof Madya/Dr,
Tuan/Puan Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK Taman Sri Pulai.
Perkara diatas dirujuk. Pihak sekolah telah bersepakat untuk melaksanakan program sambutan Maulidur Rasul ini sebagaimana butiran di bawah;
Tarikh : 5 April 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 - 12.45 tengahari
Tempat : Dataran Kejat SK Taman Sri Pulai dan Perarakan di sekitar kawasan Jalan Batai, Taman Sri Pulai.
Sehubungan itu, besarlah harapan kami dengan keprihatinan semua pihak untuk menyumbang seikhlasnya bagi membantu menjayakan program tersebut. Sebarang sumbangan bolehlah diserahkan kepada penyelaras program ini iaitu;
1. En Yuhadli Mohd Yuznah - 019-9611239 ; atau
2. En Hazim Karim - 017-7007632
Kerjasama dan sumbangan yang diberikan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian. Harap maklum.
Terima kasih.





Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.