
Warga SK Taman Sri Pulai merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Fauzan bin Sukimi, atas segala sumbangan idea dan cetusan semangat yang diberi sehingga lahirnya Gagasan Kulaijaya Gemilang. Buat pengetahuan semua, Tuan Haji Fauzan akan bertugas sebagai Pengetua Cemerlang (DG54) di SMK Tun Hussein Onn, Kluang.

Kami juga ingin mengalu-alukan kehadiran YBhg Datin Hjh Hasnah bte Md Sem sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kulai bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Tuan Haji Fauzan bin Sukimi.
Nota: Proses transisi kepimpinan ini dijangka akan selesai sehingga 15 Mac 2012.
Sumber foto dan maklumat dari Portal PPD Kulai.





Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.