You are here: Laman Utama Berita JPN Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 Ke DGA32 Secara "Time-Based" Khas Untuk Penyandang Tahun 2010 Dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Portal Rasmi SK Taman Sri Pulai, Kulaijaya

Guru-Guru dan Staf SK Taman Sri Pulai sahaja.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu

Melalui Pendidikan Berkualiti

Slogan & Motto Sekolah

Slogan: Cemerlang 100 %

Motto: Berilmu, Beramal, Berbakti

RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 Ke DGA32 Secara "Time-Based" Khas Untuk Penyandang Tahun 2010 Dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

E-mail Cetak PDF
Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 ke Gred DGA32 Secara Khas Untuk Penyandang “Time-Based” bagi tahun 2010 dan 2011. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta memperakukan pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan termasuk memperakukan PPPLD Gred DGA29 yang telah cukup tempoh perkhidmatan 9 tahun pada tahun 2010.

 

 Pegawai-pegawai yang memilih Sistem Saraan Malaysia layak diperakukan mengikut Skim Perkhidmatan PPPLD dibawah Sistem Saraan Malaysia. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut :-
 
3.1          Syarat-Syarat Khusus
 
a)    Berkhidmat sekurang-kurang 10 tahun di Gred DGA29. (dikira dari tarikh mula dilantik sehingga 31.12.2010 iaitu mereka yang dilantik pada atau sebelum 31.12.2000 bagi “Time-Based” 2010); atau
 
b)    Berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun di Gred DGA29. (dikira dari tarikh mula dilantik sehingga 31.12.2011 iaitu mereka yang dilantik pada atau sebelum 31.12.2001 bagi “Time-Based” 2011).
 
3.2          Syarat-Syarat Umum
 
a)            Telah disahkan dalam perkhidmatan;
 
b)        Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian
           Prestasi (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2006, 2007 dan 2008;
 
c)          Bebas dari tindakan Tatatertib;
 
d)        Telah mengisytiharkan harta;
 
e)        Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah  Malaysia (SPRM);
 
f)           Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
 
g)        Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan iaitu Lulus TK1
                                   atau TK2 di Gred DGA29 (keseluruhan Aras III atau IV); dan
 
g)    Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
 
4.         Bagi pegawai-pegawai yang tidak memilih Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan kekal di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), mereka juga layak diperakukan dan akan dipertimbangkan mengikut gred Sistem Saraan Baru berdasarkan kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang sedia ada sebelum pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 01 November 2002 seperti berikut:-
 
4.1          Telah disahkan dalam perkhidmatan;
 
4.2          Mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;
 
4.3          Berada di matagaji maksima P1 atau matagaji yang bersamaan / lebih tinggi berhampiran di P2 atau P3 di Gred DGA6; dan
 
4.4          Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

* Semua permohonan hendaklah dikumpulkan di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing melalui sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

* Sila rujuk surat Jabatan Pelajaran Johor bil. JPNJJPNJ(S) NP/27/1918/Jld.09 ( 93)  bertarikh 07 Oktober 2009.



Maklumat lanjut sila muat-turun lampiran yang disertakan.

Muat turun

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 12 Oktober 2009 01:44 )  

Add comment

PERHATIAN
Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.


Security code
Refresh

Berita JPN Johor

Lagu Rasmi SKTSP

There seems to be an error with the player !

Imbas Kod QR ini dengan
  gajet pintar anda.

Tinta Pengarang

Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman

UPSR

Tinggal
hari lagi
Courtesy of Go Mylo Countdown

Malaysia Web Hosting

feed-image Langgani Berita Kami