SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI, JOHOR BAHRU
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai (SKTSP) yang terletak di Km 26 Jalan Pontian bersebelahan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada awalnya merupakan kawasan ladang getah dan kawasan pertanian. Menurut salah seorang penduduk di Taman Sri Pulai, kawasan ini dipilih kerana ia difikirkan amat strategik dan sesuai dari segi kedudukannya di antara Bandaraya Johor Bahru dengan Pontian dan keperluan memenuhi kehendak masyarakat bagi menampung pertambahan para pelajar yang kian mendesak.
Projek pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada 8 September 1993 seperti dirancangkan dalam Perancangan Pembangunan Malaysia Ke Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan segala pembiayaannya diperoleh dari pinjaman Bank Dunia di mana harga asal yang dijangkakan berjumlah RM2,034,467.00. Namun begitu, kos sebenar pembiayaan sekolah ini adalah berjumlah RM2,185,900.00. Projek pembinaan sekolah ini telah siap sepenuhnya pada 23 Ogos 1994. Penyerahan rasmi bangunan ini kepada Kementerian Pendidikan Malaysia diwakili oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dibuat pada 28 November 1994.
SKTSP mula beroperasi sepenuhnya sebagai salah sebuah sekolah rendah baru di negeri Johor pada tanggal 1 Disember 1994 apabila Encik Mohammad Sharif bin Hanapiah yang sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai dilantik menjadi Guru Besar yang pertama. Staf awal sekolah ini yang mula berkhidmat bagi sesi persekolahan tahun 1994/1995 ialah:
1. En. Mohammad Sharif bin Hanapiah (GB)
2. En. Ishak bin Mohd. Amin (GPK1)
3. Pn. Sauyah bt Kamis (GPK HEM)
4. En. Ismail bin Abd. Rahim (GPK KK)
5. En. Sazali bin Ab. Hamid
6. En. Mohd. Naser bin Awang
7. En. Lim Kok Leong
8. En. Jaafar bin Ahmad
9. Pn. Ruhanah bt Mohd. Som
10.Pn. Arinawati bt A. Rahman
11.Pn. Haedah bt Hj. Sabaran
12.Pn. Haliza bt Yunus
13.Pn. Norliza bt Mahdan
14.Pn. Hanizah bt A. Hamid
15.Pn. Noraishah bt Ab. Karim
16.Pn. Retena K. Adam
17.Pn. Jamiah bt Abdullah
18.Pn. Rozita bt Yahya
19 PN. SARIMAH BT MOHMI
20 PN. ZAIDAH BT MOHD. YUSOF
21 PN. FADZILAH BT MUHAMMAD
22 PN. SALINA BT HJ. SHARIFF
23 En. Mohd. Azmi bin Hj. Abdul Rahman
24 Pn. Maznah bt Abdul Samad (P.Tadbir)
25 Cik Sarinah bt Shawal
26 Cik Kosnah bt Karnadi
27 Cik Hadijah bt Sebah
28 Cik Ida Royani bt Abd. Ghani
29 Cik Nora @ Norsamila bt Nording
30 Cik Norashikin bt Ismail
31 Cik Zainab bt Ahmad
32 Cik Norliah bt Ali (PAR)
Sebagai `Peneroka’ awal ke sekolah ini, mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima kemasukan pelajar baru tetapi terpaksa melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang difikirkan perlu bagi membentuk sebuah organisasi baru di SKTSP.
Kemasukan para pelajar pertama di sekolah ini ialah pada 1 Disember 1994 iaitu seramai 161 orang murid Tahun Satu, 175 orang murid Tahun Dua, 137 orang murid Tahun Tiga, 109 orang murid Tahun Empat, 116 orang murid Tahun Lima dan seramai 105 orang murid Tahun Enam. Kebanyakan para pelajar awal yang berdaftar di sekolah ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai dan Sekolah Kebangsaan Skudai Batu 10.
Sehingga ke hari ini, SKTSP telah ditadbir oleh 5 orang Guru Besar berwibawa. Mereka ialah :
Guru Besar Pertama:
En. Mohammad Sharif bin Hanapiah : 01.12.1994 - 10.11.1998
Guru Besar Kedua:
En. Tasuki bin Simo : 11.11.1998 - 14.05.2000
Guru Besar Ketiga:
Pn. Masri bte Osman : 15.05.2000 - 31.08.2002
Guru Besar Keempat:
En. Othman bin Hj. Ahamad : 01.09.2002 – 04.02.2008
Guru Besar Kelima:
En. Azmi bin Sujak : Sejak 04.02.2008 sehingga kini
Sungguhpun di awal penubuhannya pihak sekolah yang hanya mempunyai seramai 27 orang guru dan seorang kakitangan pejabat terpaksa menghadapi beberapa kerumitan dengan tiada bekalan air, kemudahan-kemudahan lain seperti kekurangan kerusi meja, alatan bantuan mengajar dan sebagainya, namun berbekalkan semangat peneroka dan sokongan serta bantuan masyarakat setempat khususnya penduduk Taman Sri Pulai, alhamdulillah, kini SKTSP mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang telah lama ditubuhkan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTSP telah ditubuhkan pada tanggal 21 Januari 1995 di mana majlis penubuhannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tn. Hj. Baharom bin Abd. Ghani (ADUN Tanjung Kupang merangkap Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah). Di Mesyuarat Penubuhan PIBG tersebut, Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Ismail bin Hj. Bakar telah dipilih sebagai Yang Dipertua manakala Profesor Madya Hj. Ahamat bin Bachik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.
Sehingga kini, PIBG telah ditadbir oleh 3 orang Yang Dipertua. Mereka ialah,
Yang Dipertua Pertama:
Prof. Dr. Ismail bin Hj. Bakar (21.01.1995 - 28.02.1998)
(Reaktor Kolej Universiti Tun Hussein Onn)
Yang Dipertua Kedua:
Tn. Hj. Salamat bin Othman (28.02.1998 - 01.04.2001)
(Pengurus Pentadbiran Subsidiary Company, Kumpulan FIMA)
Yang Dipertua Ketiga:
Prof. Dr. Hasanan bin Md. Nor (01.04.2001 - 2012)
(Dekan CTL, Universiti Teknologi Malaysia)
Yang Dipertua Keempat:
****************************
****************************
Kini , dengan bilangan tenaga pengajar yang kian bertambah dan dibantu oleh staf-staf sokongan, SKTSP telah membangun dengan langkah penuh terancang bersama para pelajarnya. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur dengan kemas bagi mengukuh serta memperkenalkan SKTSP di mata masyarakat setempat khasnya dan negara amnya, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan.
Dengan bermottokan `BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI’, SKTSP mempunyai misi dan visinya yang tersendiri
Semoga segala perancangan dan usaha yang dilakukan sejak awal, kini dan akan datang akan dapat mencapai matlamat yang dicita-citakan. Segala jasa bakti yang dicurahkan oleh semua pihak dalam usaha awal bagi membangunkan SKTSP ini pasti akan tercatat dalam lipatan sejarah untuk dikenang oleh generasi akan datang.
Teks asal oleh : Mohd. Azmi Bin Abdul Rahman (kini bertugas sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor).
Teks diubahsuai oleh : En Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Klik untuk melihat Pelan SK Taman Sri Pulai di dalam pelan yang lebih besar.





Comments
love and big hug
abdul gapur
indonesia
RSS feed for comments to this post