Bahawasanya kami warga SK Taman Sri Pulai sesungguhnya sentiasa dengan penuh komitmen dan tulus hati untuk memberi layanan yang baik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti berikut:
1. MURID
1.1 Setiap murid akan mendapat tempat apabila mendaftar di SK Taman Sri Pulai.
1.2 Setiap murid akan dididik untuk menjadi murid yang berdaya saing, berpekerti mulia dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
1.3 Semua aduan murid akan diambil tindakan serta-merta.
1.4 Semua murid akan dilayan dengan mesra.
2.STAF
2.1 Staf yang baru melapor diri akan mendapat bayaran gaji tidak lewat 3 bulan.
2.2 Memastikan kebajikan staf sentiasa diberi keutamaan.
2.3 Semua staf diberi peluang dan galakan menambah ilmu pengetahuan sejajar konsep belajar sepanjang hayat.
3. IBUBAPA/PENJAGA
Kami sentiasa memberi layanan yang cekap, cepat dan tepat.
3.1 Disiplin
3.2 Aduan
3.3 Pertukaran masuk dan keluar murid.
3.4 Murid sakit yang memerlukan rawatan.
4.STAKEHOLDERS (PPD/JPN/KPM)
4.1 Sentiasa memberi kerjasama kepada PPD, JPN dan KPM.
4.2 Sentiasa berusaha menyampaikan maklumat dan data yang terkini dengan tepat dan betul.
4.3 Segala surat-menyurat akan dijawab dengan segera.





Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.