You are here: Laman Utama Laman Utama Sekapur Sirih Dari Tuan Guru Besar

Portal Rasmi SK Taman Sri Pulai, Kulaijaya

Guru-Guru dan Staf SK Taman Sri Pulai sahaja.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu

Melalui Pendidikan Berkualiti

Slogan & Motto Sekolah

Slogan: Cemerlang 100 %

Motto: Berilmu, Beramal, Berbakti

Sekapur Sirih Daripada Tuan Guru Besar SK Taman Sri Pulai

E-mail Cetak PDF
Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 


DARI MEJA GURU BESAR

Assalamualaikum wr.wb dan salam sejahtera…

             Memula bicara marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat allah s.w.t yang telah melimpahkan rahmat, taufik dan hidayah kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2013 serta mengorak langkah demi menjana kecemerlangan yang dicita-citakan.

                 Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi pengahargaan kepada semua guru dan kakitangan SK Taman Sri Pulai yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa ke arah kecemerlangan sekolah ini dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, sempena bermulanya sesi persekolahan 2013 ini, saya menyeru kepada diri saya dan kakitangan agar terus berusaha dengan lebih gigih dan tabah agar ‘KECEMRLANGAN 100%’ yang disasarkan akan menajadi kenyataan.

                 Dalam usaha menuju ‘Kecemerlangan 100%’ ini, janganlah kita menoleh ke belakang. Segenap tumpuan terhadap ‘Core-Bussiness’ kita adalah untuk memantapkan serta menyerlahkan pencapaian prestasi akademik dan ketrampilan sekolah. Sebagai sekolah yang pernah dinobatkan sebagai”SEKOLAH TERBAIK DAERAH KULAI” dan “SEKOLAH KETIGA TERBAIK NEGERI JOHOR” bagi tahun 2007, saya percaya ia menjadi satu inspirasi yang jitu dalam meningkatkan semangat untuk kita bersama-sama mendokong aspirasi “Kecemerlangan 100%” dan dapat mengembalikan “title” tersebut pada tahun 2013 ini.

                 Kita perlu melaksanakan pelbagai program dan menyusun aktiviti secara sistematik dan berdokumentasi, bermatlamat serta berusaha menggembeling tenaga semua pihak bagi merealisasikan matlamat, seterusnya meraih kejayaan yang unggul. Di sebalik program yang dirancang, marilah kita bersama-sama berpadu usaha, membina imej dan kekuatan dari pelbagai sudut, menganjak paradigma, memacu peradaban, iklim serta persekitaran yang kondusif untuk memperkembang potensi warga SKTSP ke arah pembinaan insan yang berilmu, beramal dan berbakti.

                 Sikap kerjasama, ikhlas, jujur dan komited perlu dijadikan matlamat dalam diri masing-masing. Sikap sambil lewa dan ambil mudah, malas berusaha serta tidak peka dengan kehendak dunia masa kini merupakan suntikan yang akan memusnahkan masa hadapan generasi pewaris kita. Semua guru perlu sentiasa memiliki sikap ingin tahu, suka melakukan perubahan dan peningkatan prestasi diri ke arah yang lebih meyakinkan. Perubahan seperti ini sememangnya sukar diperoleh tanpa kesedaran dalam diri masing-masing.

                 Pengorbanan dan tugas guru amat murni. Sekiranya semua guru sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing, maka akan terlerailah segala masalah yang selama ini menjadi penghalang kejayaan serta kecemerlangan sekolah ini.

 Sekian, terima kasih.

ENCIK AZMI BIN SUJAK

Guru Besar

SK Taman Sri Pulai

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 04 Januari 2013 10:27 )  

Add comment

PERHATIAN
Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.


Security code
Refresh

Berita JPN Johor

Jabatan Pelajaran Johor
Pengumuman

Lagu Rasmi SKTSP

There seems to be an error with the player !

Imbas Kod QR ini dengan
  gajet pintar anda.

Tinta Pengarang

Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman

UPSR

Tinggal
hari lagi
Courtesy of Go Mylo Countdown

Malaysia Web Hosting

feed-image Langgani Berita Kami