You are here: Laman Utama Berita JPN PENGURUSAN PENGEMASKINIAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (ADPM) JANUARI 2013

Portal Rasmi SK Taman Sri Pulai, Kulaijaya

Guru-Guru dan Staf SK Taman Sri Pulai sahaja.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu

Melalui Pendidikan Berkualiti

Slogan & Motto Sekolah

Slogan: Cemerlang 100 %

Motto: Berilmu, Beramal, Berbakti

PENGURUSAN PENGEMASKINIAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (ADPM) JANUARI 2013

E-mail Cetak PDF
Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

 

 

Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah negeri Johor

Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk pada perkara diatas, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sedang ditutup untuk diselenggara bermula dari 24hb hingga 29hb Disember 2012 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia (BPM KPM). Pihak BPM akan membuka semula APDM untuk tujuan pengemaskinian data murid bagi tahun 2013 pada 29 Disember 2012.

3. Sehubungan dengan itu, BPM telah menaikkan tahap setiap murid tahun 2013 secara keseluruhan berdasarkan kelas tahun 2012. Pentadbir Sekolah admin (GPK1) perlu mengemaskini semula guru kelas yang baru untuk tahun 2013 dengan tidak melaksanakan proses padam kelas sediada. Admin (GPKHEM) sekolah perlu memastikan dan memantau proses penyusunan semula murid mengikut kelas (streaming) yang akan dilaksanakan oleh guru kelas berdasarkan manual yang dilampirkan.

4. Proses pengemaskinian data murid menerusi APDM ini perlu dilaksanakan sehingga 15 Januari 2013 sebelum jam 5.00 petang. Kegagalan pihak sekolah mengemaskini data murid dan penyususan semula kedudukan murid mengikut kelas yang betul, secara tidak langsung akan memberi kesan ketara pada pengurusan aplikasi SPPBS dan SAPS tahun 2013.

4. Pihak PPD/Sekolah dipohon memastikan proses mengemaskini APDM dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan data murid yang berkualiti.

5. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kairul Annuar bin Abd Aziz di talian 07-2310184/0137790625.

6. Kerjasama serta keprihatinan pihak PPD/Sekolah untuk menjayakan proses pengemaskinian APDM Januari 2013 didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sumber : Portal JPN Johor

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 28 Disember 2012 15:21 )  

Add comment

PERHATIAN
Terima kasih kerana sudi memberi komen kepada artikel di dalam portal ini. Awasi kata-kata dan perlu diingat bahawa IP anda kami rakam sebaik sahaja anda menghantar komen. Jaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan pengunjung lain. Hanya komen yang elok sahaja akan dipaparkan selepas tapisan.
Mohon jasa baik agar tuan/puan dapat menaip NAMA BETUL tuan/puan supaya lebih mudah dikenali.


Security code
Refresh

Berita JPN Johor

Jabatan Pendidikan Johor
Pengumuman

Lagu Rasmi SKTSP

There seems to be an error with the player !

Imbas Kod QR ini dengan
  gajet pintar anda.

Tinta Pengarang

Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman
Ayatul Kauthar Bin Basemin @ Baseman

UPSR

Tinggal
hari lagi
Courtesy of Go Mylo Countdown

Malaysia Web Hosting

feed-image Langgani Berita Kami